18/01/2021

KPDNHEP dan FINAS tiada perubahan atau penambahbaikan atasi isu cetak rompak?

1 min read

Isu cetak rompak semakin parah.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha menyatakan mereka menerima pelbagai aduan daripada produser mengenai isu filem tempatan di cetak rompak secara digital.

“Adalah amat mendukacitakan industri, setelah banyak aduan dibuat oleh penerbit kepada pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggua (KPDNHEP) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Namun, tidak ada apa perubahan atau penambahbaikan berlaku, malah penerbit tempatan makin parah dirompak dan cetak rompak digital semakin berleluasa dilakukan oleh penjenayah melalui media sosial seperti platform e-dagang, telegram, Facebook, YouTube dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, industri perfileman tempatan diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga.

“PFM mohon kepada kerajaan agar memandang isu ini dengan lebih serius di atas kerugian besar oleh penerbit tempatan yang cuba bernafas semula akibat impak COVID-19, setelah semua pawagam ditutup.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana secara lansgung membantutkan pembangunan industri perfileman tempatan pada masa akan datang,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *