18/01/2021

Bantuan Kecemasan #MUSAADAHCOVID19 masih dibuka

1 min read

COVID-19 memberi impak besar pada semua.

Ramai pihak terkesan dan tiada punca pendapatan apabila hilang kerja dan perniagaan ‘gulung tikar’.

Dalam situasi kritikal ketika ini, pelbagai bantuan juga boleh dipohon antaranya Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP yang disediakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Orang ramai boleh cuba memohon Bantuan Kecemasan #MUSAADAHCOVID19 secara dalam talian.

Merujuk maklumat dari MAIWP, bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

“Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, MAIWP mengambil maklum bahawa ramai terkesan ekoran penularan wabak COVID-19. Oleh itu, MAIWP menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP,” katanya.

Bantuan ini masih boleh dipohon orang ramai hingga tarikh tutup esok (27 November 2020). Borang permohonan boleh dibuat di sini.

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh didapati menerusi laman sesawang MAIWP.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *