04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Jom sebarkan dan budayakan pembacaan al-Quran menerusi Smart Quran

1 min read

Ramai ‘mati kutu’ waktu PKPB.

Nak balik kampung merentas negeri tak dapat apatah lagi pergi melancong.

Namun, bagi umat Islam ada satu lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang masih berkuat kuasa.

Satu aplikasi terbaru memberi ruang pada pengguna mengaji secara percuma di telefon pintar.

Aplikasi dikenali Smart Quran adalah hasil usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Aplikasi Smart Quran boleh dimuat turun secara percuma.

Bagi mendapatkan aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan App Store.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri turut memperkenalkan aplikasi tersebut menerusi akaun media sosialnya.

“Jom sebarkan dan budayakan pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian kita,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.