04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Ahli KWSP boleh keluar Akaun 1 hingga RM60,000, bayaran pada Januari 2021

2 min read

Pastinya ia memberi berita gembira pada ahli KWSP.

Nasib golongan yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 yang merupakan ahli KWSP terus dibela kerajaan Perikatan Nasional yang prihatin masalah rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, KWSP mengumumkan program i-Sinar yang merupakan kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang telah pertama dilancarkan KWSP pada Mac 2020.

“Di bawah i-Sinar, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 bawah RM90,000 dan kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.

“Buat kategori ahli KWSP yang memiliki simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama 6 bulan sehingga maksimum RM9,000; dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Jawapan KWSP terhadap persoalan ramai ahli KWSP mengenai i-Sinar.

Tambahnya, kategori ahli yang mempunyai jumlah simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000, ahli dibenarkan mengeluarkan secara ansuran selama 6 bulan sehingga maksimum RM60,000 (tertakluk kepada jumlah simpanan); dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan.

“Kerajaan berharap pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban aliran tunai, tetapi dapat memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa. Penambahbaikan ini telah dibuat berpandukan data dan analisa profil tanggungan ahli KWSP yang terkesan serta pertimbangan tren jangkitan COVID-19.

Pendaftaran i-Sinar akan bermula pada bulan Disember 2020 dan pengeluaran pertama akan dilaksanakan mulai Januari 2021. Butiran lanjut boleh didapati di pautan www.kwsp.gov.my,” katanya.

Penjelasan KWSP menerusi akaun Twitter @KWSPMalaysia

Jelasnya, KWSP mensasarkan sehingga 2 juta ahli yang terkesan COVID-19 akan dapat memanfaatkan i-Sinar, iaitu golongan yang kehilangan pekerjaan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut, atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.