25/11/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Belanjawan 2021: Apa nasib industri buku negara?

2 min read

Penggiat seni tempatan masih bergelut dengan COVID-19.

Ini merujuk pada impak pandemik tersebut yang menyebabkan ramai penggiat seni tiada punca pendapatan.

Industri buku negara turut mengalami isu yang sama apabila tiada peruntukan sewajarnya diberikan pada Belanjawan 2021 dalam membantu penggiat seni dalam sektor ini.

Ketua Penerbitan Rabak-Lit, Izzat Amir berpandangan tiada bajet khusus merujuk pada industri buku negara.

“Bajet untuk industri kreatif ada tapi tak cukup untuk membantu bahagian kreatif dan pembukuan. Tahun lepas pun tak ada bajet khas untuk industri buku cuma di sektor pelancongan bajet tinggi pada tahun lepas sekaligus kita (industri buku) mendapat tempias sebab perpustakaan awam bajetnya di bawah sektor pelancongan,” katanya kepada Bernama.

Izzat menyatakan industri buku negara kini nazak dan akan dibanjiri buku dari luar negara.

Izzat mengulas Belanjawan 2021 merujuk pada peruntukkan bajet sebanyak RM15 juta kepada CENDANA.

Ujarnya, penerbitan buku mungkin tidak memberikan pulangan cukai yang tinggi pada kerajaan cuma industri buku penting sebagai proses dokumentasi sejarah dan budaya tempatan.

“Dengan industri buku yang semakin nazak, kita akan dibanjiri buku-buku dari negara luar. Jadi, kemana budaya dan sejarah kita, mungkin akan terhapus,” katanya.

Pandangan Izzat yang berpengalaman dalam penerbitan buku seharusnya diambil kira pihak kerajaan dalam usaha membangunkan industri buku negara.

Sebagaimana kita tahu, Malaysia mempunyai ramai penulis berbakat sama ada bidang novel, rencana dan komik. Namun, sejauh manakah peruntukan sedia ada dapat membantu golongan ini terus berkarya dan menyumbang hasil seni mereka ada masyarakat.

Industri buku juga sebenarnya boleh dijana pendapatan buat negara dengan adanya teknologi digital yang semakin berkembang pesat, orang ramai lebih mudah memilih bahan bacaan menerusi platform di media sosial dan aplikasi di telefon pintar.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.