25/11/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Alumni UiTM kesal penganjuran program Madah #DAPMUDA: UiTM dan DAP

1 min read

Gabungan Persatuan Alumni UiTM dalam satu kenyataan media hari ini bersepakat menyatakan kekesalan terhadap penggunaan nama UiTM dalam penganjuran program Madah #DAPMUDA: UiTM dan DAP.

“Jelas sekali, program ini mempunyai agenda yang tersirat serta tidak mencerminkan aspirasi serta suara majoriti Alumni UiTM.

“Kami Alumni UiTM berdiri teguh mempertahankan dan menyelar sebarang usaha untuk menyeret UiTM dalam agenda pihak-pihak tertentu,” katanya.

Ujarnya, semua pihak perlu sedar UiTM sebagai institusi pengajian tinggi Bumiputera yang ditubuhkan bertujuan menyediakan peluang pendidikan tertinggi dan profesional kepada bumiputera.

“Kepada Alumni yang terbabit, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama dan imej UiTM. Kami menyeru agar mereka tidak mudah terpedaya dengan pihak yang berkepentingan,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.