25/11/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

“Tak kira rupa…” – Mawi letak syarat sesiapa saja boleh cuba nasib jadi pelakon filem terbaharunya

2 min read

Figura ini memang tak boleh duduk diam.

Ada saja yang ligat bermain di kepala. Muncul dengan buah tangan sulung tahun lalu, dia berjaya mencipta nama di layar perak.

Siapa sangka daripada status anak Felda kemudian mencipta fenomena dalam program realiti TV, Mawi terus mencipta pelbagai kejayaan termasuk menjadi pengarah filem.

Menerusi filem Tiada Tajuk yang ditayangkan pada tahun lalu, Mawi mencuba nasib apabila mempertaruhkan karya yang membawa genre Islamik komedi. Ramai penonton memberikan respon positif dan suka filem tersebut termasuk review yang diberikan pihak media.

Sebagai penggiat seni, dia tidak mahu berputus asa atas pencapaian filem pertamanya. Justeru, dia mengumumkan pada khalayak bakal menghasilkan filem terbaharu selepas ini.

Menurut Mawi, filem kedua arahannya ini membawa sesuatu yang berbeza buat penonton yang tertanya-tanya perkembangan lanjut berita tersebut. Kali ini, dia mengadakan sesi uji bakat untuk mencari pelakon filem terbaharunya itu.

“Ciri-ciri pelakon terbuka pada lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Ciri lain, tidak kira rupa yang penting dia boleh berlakon apa-apa watak dan yang paling penting sebenarnya disiplin dan kesungguhan orang itu,” katanya kepada Kafebuzz.

Mawi bakal ke lokasi penggambaran filem terbaharu arahannya yang membawa genre seram. (Foto: @cahayaasmawi – Instagram)

Penyampai radio Zayan ini turut memuat naik status di media sosial mengenai pencarian bakat untuk filem terbaharunya kali ini.

Mendedahkan lebih lanjut plot filem yang akan dijangka tayangan pada tahun depan, dia memberitahu filem terbitan Mawi World Entertainment ini adalah cerita baharu bukan sekuel Tiada Tajuk.

Bagi mereka yang berminat mahu mencuba nasib sebagai pelakon filem terbaharu arahan Mawi ini boleh menghubungi talian 0173568908 dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.