25/11/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Langsung tiada babi, OLDTOWN minta netizen henti sebar maklumat palsu!

1 min read

OLDTOWN White Coffee menolak semua khabar angin dan dakwaan bahawa produk-produk kami mengandungi bahan babi.

“Dakwaan dalam video yang sedang disebarkan di pelbagai saluran media sosial adalah tidak benar. Kami juga ingin menekankan bahawa semua cawangan OLDTOWN White Coffee di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak tahun 2010.

“Pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Kami memastikan bahawa ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman kami langsung tidak mengandungi sebarang kandungan babi atau bahan tidak halal,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pihak KPDNHEP menjalankan siasatan ke satu cawangan OLDTOWN di Cyberjaya baru-baru ini. (Foto: KPDNHEP – Twitter)

Jelasnya, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga mengunjungi cawangan-cawangan berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Sila rujuk kenyataan oleh pihak JAKIM untuk penjelasan yang mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar,” katanya.

Pihak pengurusan OLDTOWN White Coffee juga mengesa orang ramai agar mendapatkan maklumat lanjut mengenai pensijilan halal cawangan-cawangan mereka dengan merujuk Portal Rasmi Halal Malaysia.

“Kami menggesa dan memohon bantuan para netizen supaya hentikan penyebaran sebarang maklumat palsu.

“Pada masa ini, kami sedang berbincang dengan pihak guaman dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu-individu yang didapati membuat tuduhan palsu,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.