25/11/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi” – Dr Zulkifli al-Bakri

1 min read

Erra Fazira sudah bernikah sebentar tadi.

Pastinya berita itu mengejutkan ramai peminat pelakon popular itu yang tidak menyangka hari ini menjadi hari bersejarah untuk Erra Fazira.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu status di akaun media sosialnya yang mengucapkan tahniah pada Erra Fazira dan suami selepas majlis penikahan selesai berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Dr Zulkifli turut membacakan doa buat Erra Fazira bersama pasangan yang selamat bernikah.

Tambahnya, majlis selesai tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan JAWI.

Ketika netizen terkejut membaca status itu dan ‘zoom’ gambar pernikahan yang dimuat naik, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu sebenarnya turut menjelaskan wanita yang bernikah itu secara kebetulan mempunyai nama yang sama dengan pelakon tersebut.

“Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu tu. Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.

Dr Zulkifli menyaksikan majlis pernikahan Erra Fazira dengan suami, hari ini.

Beberapa netizen yang memberikan komen menyatakan mereka juga terkejut dengan status itu tapi mengetahui jawapan sebenar selepas membaca habis status Dr Zulkifli itu.

Ada netizen berkata, menteri itu pandai bergurau dan ada juga mendoakan agar selepas ini Erra Fazira yang sebenar pula bernikah.

  • Kafebuzz.my
  • Foto: @drzulkifli.albakri (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.