Tonton filem Aku Bukan Gila secara percuma di WeTV iflix

Menonton filem di telefon pintar kini menjadi trend ramai.

Bagi peminat filem Melayu, jangan lepaskan peluang menonton filem terbaharu berjudul Aku Bukan Gila sedang ditayangkan menerusi perkhidmatan penstriman WeTV iflix.

Gandingan dua pelakon berpengalaman, Beto Kusyairy dan Fasha Sandha memberi tarikan pada filem kali ini yang diarahkan Rahila Ali.

Berita baik buat peminat dan penonton, filem terbitan Pencil Pictures and Records ini boleh ditonton secara percuma!

(Dari kiri) Beto, Fasha dan Wanna Ali bergandingan dalam filem terbaharu, Aku Bukan Gila kini ditayangkan di WeTV iflix.

Bagi Fasha, dia berbangga menjadi sebahagian daripada filem ini yang menghidupkan watak Andra, seorang wanita dengan personaliti yang kompleks lagi kuat, yang bergelut dengan kesedihan serta cabaran hidup.

“Peluang keemasan untuk bekerjasama dengan pengarah filem wanita, Rahila Ali, dalam penerbitan ini turut memperkasakan saya. Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan WeTV iflix untuk menyebarkan keterujaan serta mesej yang disampaikan filem ini, dan berharap dapat menyertai lebih banyak lagi kolaborasi sedemikian pada masa depan,” katanya.

(Dari kiri) Vijay Munisamy (Produser Eksekutif, WeTV iflix Malaysia), Beto, Rahila Ali, Dato’ Normashayu, Fasha, Wanna Ali, Sissy Imann dan Heng Aik Kuang hadir pada majlis pelancaran filem Aku Bukan Gila di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Pengurus Negara WeTV iflix Malaysia, Aik Kuang Heng pula menyatakan perasaan sangat bersyukur apabila menjadi platform yang membawakan kisah menyentuh hati, Aku Bukan Gila kepada rakyat Malaysia, yang pasti akan tersentuh oleh mesej cintakan diri sendiri daripada filem ini.

“Memandangkan penstriman media menjadi pengaruh yang berkuasa dalam industri perfileman, serta penerapan media ini yang sangat tinggi di Malaysia, kami berharap untuk membawa pilihan kandungan premium yang lebih luas dari rantau Asia kepada penonton kami, di samping memperkasakan industri perfileman tempatan,” katanya.

Penonton boleh menonton filem Aku Bukan Gila secara percuma menerusi penstriman eksklusif di WeTV iflix di iflix.com, atau muat turun aplikasi dari Apple Store dan Google Play Store.

Fasha melakonkan watak utama sebagai Andra dalam filem terbaharu, Aku Bukan Gila.

Sinopsis

Filem Aku Bukan Gila mengisahkan Andra (Sandha) merantau ke perkampungan Beddgelert di North Wales untuk melarikan diri daripada kekangan kekeluargaan dan mengubati hatinya selepas kematian ibu tersayang. Tanpa diduga, takdir mempertemukannya dengan Andre (Kusyairy) dalam latar belakang yang menampilkan keindahan lanskap Wales.

Walaupun pada awalnya, Andra banyak berselisih pendapat dengan Andre, mereka akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang wujud di antara mereka. Namun, apabila Andra cuba masuk campur dalam kehidupan silam Andre, jejaka itu bukan sahaja mula berasa tidak selesa bahkan meragui kesihatan mental Andra.

Ciri kompleks kedua pelakon utama filem ini akan membuka mata penonton kepada isu kesihatan mental, yang akan diterokai lagi dalam sebuah babak khas yang ditayangkan selepas penutup penghargaan.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*