Forum Ekonomi Kreatif 2021 memajukan ekonomi kreatif sebagai tindak balas terhadap COVID-19

Impak COVID-19 nyata memberi kesan besar pada industri kreatif.

Selain mengancam nyawa, ia turut menjejaskan sumber pendapatan penggiat seni tempatan. Bagaimanapu senario yang berlaku perlu ditempuh dengan bijak.

Merancang masa depan lebih cerah, syarikat pelaburan kerajaan iaitu MyCreative Ventures bersama CENDANA dan RIUH buat julung kalinya
menganjurkan Forum Ekonomi Kreatif 2021: Industri Kreatif, Seni dan Budaya diberi nafas baharu apabila ia dipancarkan secara penstriman dari Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC) baru-baru ini.

Zafrul tampil menyampaikan ucaptama pada acara Forum Ekonomi Kreatif 2021: Industri Kreatif, Seni dan Budaya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi MyCreative, Mohd Naguib Razak berkata, forum sehari tersebut adalah acara utama dianjurkan MyCreative untuk merangsang industri berkenaan.

“Walaupun COVID-19 terus mengancam kesihatan awam serta menjejaskan sumber ekonomi dan kerajaan kita, namun kita yakin masanya sudah tiba untuk menggembleng buah fikiran dan usaha serta mengguna pakai langkah-langkah baharu dan meraih peluang yang ada, termasuk yang ditawarkan oleh pendigitalan,” katanya dalam satu kenyataan.

MyCreative Ventures bersama CENDANA dan RIUH buat julung kalinya
menganjurkan Forum Ekonomi Kreatif 2021: Industri Kreatif, Seni dan Budaya.

Menurutnya, forum itu diharap memberi semangat pada semua pihak yang terlibat dalam ekosistem kreatif di Malaysia bergabung dan berhubung antara satu sama lain serta bertukar wawasan dan perpektif.

“Di MyCreative, kami berhasrat dan terus memainkan peranan melangkah ke hadapan untuk memungkin dan memangkin peningkatan usaha sama di
kalangan penggiat seni dan para pengamal kreatif lain di pelbagai sektor dalam industri kreatif, seni dan budaya,” katanya.

Forum Ekonomi Kreatif 2021: Industri Kreatif, Seni dan Budaya diadakan sebagai meransang industri kreatif.

Forum tersebut adalah satu daripada dua bahagian acara yang wujudkan sebagai sebuah platform yang memandang kehadapan bagi menggalakkan perkongsian dan usaha mengembleng idea yang telah berjaya mengumpul semua pihak berkepentingan, kementerian-kementerian berkaitan, sektor swasta serta pada aktivis dan pengamal kreatif, seni dan budaya.

Acara yang diadakan sempena Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan tersebut mencerminkan kesinambungan langkah konsultatif Kerajaan melalui penyediaan peluang kepada industri kreatif untuk berkongsi input dan maklum balas mereka.

Mohd Naguib berpandangan penggiat seni perlu menggembleng buah fikiran, usaha dan mengguna pakai langkah-langkah baharu serta meraih peluang yang ada termasuk ditawarkan pendigitalan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil menyampaikan ucaptama bertajuk Membayangkan Ekonomi Kreatif yang Berjaya, Saling Bekerjasama dan Mampan untuk Malaysia.

Bahagian kedua forum pula bertajuk Forum Ekonomi Kreatif 2021: Tumpuan terhadap Seni dan Budaya dijadualkan akan diadakan pada 20 Oktober 2020.

Forum Ekonomi Kreatif 2021 ini bermatlamat memperkenalkan cara memajukan ekonomi kreatif sebagai tindak balas terhadap COVID-19.

Ahli panel forum terdiri daripada (dari kiri), Affendy Ali sebagai moderator, Nini Marini, Raymond Miranda, Joe Sidek dan William Harald-Wong.

Menurut Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai laporan Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2018, ekonomi kreatif merupakan sektor paling pantas berkembang dalam ekonomi dunia dengan penjanaan hasil tahunan sebanyak RM 9.34 trilion dan eksport global berjumlah lebih RM 1.04 trilion.

Sektor ini dijangka akan menjana kira-kira 10 peratus daripada KDNK dunia pada tahun akan datang. Ini membuka peluang keemasan bagi Ekonomi Kreatif Malaysia mendorong pertumbuhan ekonomi serta menzahirkan potensi menjadi kuasa ekonomi kreatif penting di
persada dunia.

Selain daripada melonjakkan pertumbuhan ekonomi, ekonomi kreatif juga perlu diberi perhatian kerana berperanan mencipta nilai-nilai berteraskan kemanusiaan dan memupuk pembangunan mampan.

Di Malaysia, industri-industri kreatif menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM 28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi guna tenaga seramai kira-kira setengah juta orang.

Apabila kembali ke landasan pertumbuhannya kelak dan melihat kepada kapasitinya untuk berubah dan menerima pakai inovasi, industri kreatif berpotensi tinggi mencipta banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam usaha kita memulihkan negara daripada kesan pendemik yang melanda.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*