04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Kebaikan Uncle Kentang Pada Manusia Tiada Tandingan

2 min read

Ramai kenal Uncle Kentang.

Lelaki berhati mulia ini seringkali membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan sama ada barang keperluan mahupun pengangkutan secara percuma ketika terdesak.

Bayangkan ketika ada orang tidak mampu ke hospital kerana masalah pengangkutan, dia sedia membantu.

Paling menyentuh perasaan apabila ada orang Islam meninggal dunia dan keluarga waris tidak berkemampuan menyewa van jenazah, dia juga muncul membantu.

Kisah Uncle Kentang ini membantu orang lain sudah acapkali dikongsi menerusi media sosial.

Mengapa Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng sangat baik dan pemurah pada orang lain sanggup membantu memberikan perkhidmatan van jenazah pada orang Islam?

Menurutnya, dia berkongsi pengalaman sendiri ketika bapanya meninggal dunia pada masa itu hingga abangnya terpaksa meminjam duit orang lain untuk menguruskan jenazah.

“Mengapa saya orang Cina tapi sediakan van jenazah? kerana semasa ayah saya mati, kami tak mampu beli keranda,” katanya dalam satu status terkini di media sosial akaunnya, hari ini.

Usaha dilakukan Uncle Kentang menyediakan perkhidmatan van jenazah kepada orang Islam suatu perbuatan mulia. (Foto: Kuan Chee Heng – Facebook)

Jelasnya, dia menyediakan van jenazah untuk digunakan sesiapa saja yang berada dalam kesusahan.

“Mengapa pula saya tak beli van mayat untuk bukan Islam? Tak perlu kerana saya tak akan boros, kerana banyak group Cina buat bisnes mayat dan India pun ramai buat van mayat,” ujarnya.

Pengorbanan yang dilakukan Uncle Kentang pada mereka yang dalam kesusahan ketika mahu menguruskan jenazah memang cukup besar.

Apa yang diharapkan agar usaha sebegini menjadi contoh pada mereka yang berkemampuan untuk tampil membantu.

Hakikatnya, jasa Uncle Kentang pada manusia lain tanpa mengira perbezaan agama memang tiada tandingan.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.