04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Pertemuan Istimewa ‘Black Panther’ Bersama Penyumbang Misteri Jadi Kenangan Manis

1 min read

Chadwick Boseman terus dirindui peminat.

Di sebalik populariti menerusi lakonan hebatnya sebagai adiwira Black Panther, dia mempunyai satu kisah peribadi yang menarik untuk dikongsi dengan peminat.

Ramai peminat tahu Boseman pernah belajar di Universiti Howard dalam bidang pengarahan.

Namun, pada masa itu dia sebenarnya pernah mendapat peluang keemasan mengikuti satu program dalam bidang teater di Oxford.

Bagaimanapun, dia tidak mampu menampung kos program tersebut sehingga pensyarahnya bantu mendapatkan bantuan kewangan daripada penyumbang yang merahsiakan identitinya.

https://www.instagram.com/tv/CEmqpidlYiW/?igshid=19opjlpla59up

Boseman kemudian mendapat tahu penyumbang dana misteri itu ialah pelakon terkenal, Denzel Washington.

Ironinya, Boseman bertemu semula dengan Washington selepas 20 tahun ketika tayangan perdana filem Black Panther lalu dia berterima kasih secara peribadi pada aktor tersohor itu.

Mungkin apa yang dilakukan Washington terhadap Boseman hanyalah perkara kecil bagi individu yang banyak duit tapi persoalannya ialah kebaikan Washington sendiri membantu orang lain.

Sikap prihatin Washington melihat nasib orang lain khususnya golongan seni dalam kesempitan patut dicontohi.

Sebanyak manapun harta dan duit yang kita ada tapi jika individu itu tidak berniat membantu orang lain, kehidupan itu seperti tiada makna.

Di sebalik kesedihan ramai kenalan dan peminat Boseman atas pemergian aktor berusia 43 tahun itu, pertemuan mendiang dengan Washington selepas 20 tahun pastinya menjadi kenangan manis untuk dikenang.

  • Kafebuzz.my


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.