04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Lesen Pengedaran Filem Diperkasa Banteras Isu Cetak Rompak

2 min read

Zaman alam siber, cetak rompak tetap berlaku.

Sebelum ini filem tempatan turut menjadi mangsa cetak rompak apabila ia dimuat naik tanpa kebenaran pemilik lalu ditayangkan secara haram pada pengguna media sosial.

Persoalannya, sejauh mana isu ini dapat dibanteras dan seterusnya membawa pesalah siber ini ke mahkamah untuk dakwaan dan hukuman.

Menyedari kepentingan isu cetak rompak ini kepada masyarakat khususnya penggiat seni tanah air, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) terus mengambil langkah proaktif dalam mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri memaklumkan pihaknya membuat beberapa keputusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak Bil. 1/2020 yang dipengerusikannya, semalam.

Satu mesyuarat mengenai isu cetak rompak dibincangkan FINAS bersama wakil persatuan dan pemain industri. (Foto: FINAS Malaysia)

Keputusan itu menyatakan FINAS mengambil maklum mengenai keresahan penggiat industri apabila filem yang ditayangkan dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, FINAS memandang serius mengenai perihal cetak rompak yang semakin berlelulasa dalam bentuk fizikal, platform-platform media sosial seperti Telegram, laman sesawang dan ”setup box”.

Dalam mencari jalan penyelesaian terbaik, FINAS akan memperkasa dan memantapkan penguatkuasaan lesen pengedaran bagi memantau sumber pengedaran cetak rompak.

FINAS mengambil serius isu cetak rompak yang berlaku sama ada secara fizikal mahupun di media sosial. (Foto: FINAS Malaysia)

Ini dapat dilakukan dengan memperkasa Lesen Pengedaran Filem, melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) di bawah Seksyen 22 (1).

Dalam kenyataan media itu juga menyatakan isu cetak rompak seperti di plaftorm media sosial dan Shopee pada masa kini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tindakan undang-undang akan diambil dengan tegas.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.