04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Lama Tak Dengar Khabar Mahaguru Ruzaidi Buka BETAKOS

2 min read

Aksinya sering ditagih penonton.

Nama Ruzaidi Abd Rahman cukup popular dalam lakonan filem dan drama Melayu.

Seperti kehebatan pelakon Hollywood, Dywayne Johnson yang hebat di gelanggang gusti, begitu juga Ruzaidi yang digeruni pihak lawan dalam pertandingan silat.

Sejak beberapa tahun ini, aksi bekas pesilat negara ini tidak lagi kelihatan dalam filem atau drama.

Pelakon filem popular antaranya Ngangkung (2010), Khurafat (2011) dan Abang Long Fadil (2014) ini sebenarnya masih aktif dalam seni beladiri tersebut.

Perkembangan terbaru, beliau juga dikenali sebagai Wak Didi tampil mengadakan Kelas Seni Beladiri Tangan Kosong (BETAKOS).


Ruzaidi masih tetap hebat sebagai bekas pesilat negara.

Mungkin tidak ramai yang tahu BETAKOS adalah Seni Beladiri Tangan Kosong yang diasaskan Ruzaidi pada tahun 1998. 

BETAKOS sangat mudah, logik dan berkesan kerana tidak mengamalkan sistem hafalan buah. Ia lebih membentuk kemahiran tumbukan, tendangan, langkah dan kefahaman pergerakan tubuh lawan untuk bertindak.

Bagi mereka yang berminat untuk belajar, Mahaguru Ruzaidi menyasarkan peserta dari golongan pelajar sekolah, remaja, belia dan dewasa.

Pelakon drama bersiri popular, Keris Hitam Bersepuh Emas pada tahun 1990 pernah menjuarai Kejohanan Silat Olahraga Dunia pada tahun  sama  dan pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2019.


https://www.instagram.com/p/CDtaq1xjZcu/?igshid=jov4vhctdj59

Kelas BETAKOS kali ini diadakan di Masjid Tepian Putera Kuantan pada Sabtu dan Ahad selama sejam sehari.

Kelas dewasa dan belia bermula jam 8.30 pagi manakala kelas remaja dan pelajar dari 10.30 pagi. Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM70 sebulan.

Mereka yang berminat boleh hantarkan nama dan nombor telefon ke 0109229590.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.