04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Tonjol Semangat Patriotik Dalam Smule

1 min read

Tunjukkan semangat patriotisme!

Ini masanya untuk mereka yang bersemangat menunjukan semangat patriotisme menerusi nyanyian boleh mencuba nasib kali ini.

Satu pertandingan mencari bintang Smule diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 pada tahun ini.

Smule merupakan antara aplikasi telefon pintar yang cukup popular dalam kalangan pengguna dan sering digunakan sebagai platform menyanyi.

Tema penganjuran program Pertandingan Bintang Patriotik Smule 2020 adalah lagu Patriotik yang menggambarkan jati diri cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pertandingan ini diadakan selama 3 bulan bermula Ogos lalu. Penyertaan untuk September pula masih dibuka sehingga 9 September ini untuk peringkat saringan.

Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan boleh merujuk di sini.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.