Standards Users Gesa Pantau Penjualan Pelitup Muka Lebih Ketat

Pemakaian pelitup muka adalah wajib.

Pada Jun 2020, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan kenyataan pemakaian pelitup muka adalah wajib jika penjarakkan sosial tidak dapat dilakukan. 

Malah, pelitup muka jenis fabrik juga dibenarkan pihak WHO tetapi ianya mesti mempunyai 3 lapisan. 

Berikutan itu, pada 1 Ogos lalu, pihak kerajaan menetapkan semua rakyat Malaysia wajib memakai pelitup muka apabila berada di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak.

Rakyat mula terdesak memakai pelitup muka kerana tidak mahu didenda. 

Namun, jika pelitup jenis bukan perubatan ini tidak dipantau oleh mana-mana pihak berkaitan, besar kemungkinan ada pihak mula mengambil kesempatan dengan menjual pelitup muka tidak berkualiti atau substandard kepada pengguna.

Orang ramai terus dinasihatkan mengamalkan langkah berjaga-jaga.

Presiden Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standards Users), Prof Emeritus Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, pihaknya amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam MalaysiaKini bertarikh 29 Julai 2020 menyatakan pihak kerajaan akan memeriksa keberkesanan pelitup muka kain yang sebenarnya seperti saranan WHO mesti mempunyai tiga lapisan dalam tempoh satu bulan ini. 

“Jika pengguna diberi pilihan membeli pelitup muka jenis fabrik yang disahkan selamat, semestinya penggunaan ini dapat mengurangkan perbelanjaan pengguna kerana pengguna boleh mencuci dan memakainya semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Memetik kenyataan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari New Straits Times bertarikh 25 Ogos 2020, Datuk Alexander Nanta Linggi menyatakan terdapat 10 buah pengilang yang mengeluarkan pelitup muka sebanyak 1.5 juta sehari, malah akan ada 4 buah pengilang akan mula beroperasi pada Oktober. 

Kegagalan memakai pelitup muka di tempat awam boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000.

Namun begitu, Standards Users memerlukan kepastian mengenai piawaian standard pelitup muka yang digunapakai oleh pengilang tempatan ini supaya pelitup muka diyakini selamat untuk pengguna. 

“Jika pelitup muka keluaran tempatan ini dikeluarkan khas untuk petugas perubatan maka tiada kemusykilan mengenai perkara ini kerana ia berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) tetapi jika untuk orang awam pastinya akan menjadi persoalan kerana pelitup muka bukan perubatan tidak tertakluk di bawah mana-mana pihak berkuasa. 

“Daripada pemerhatian Standards Users, kebanyakan penjual pelitup muka dalam talian menjual pelitup muka yang diimport dari China di mana standard piawaian bagi pelitup muka tersebut adalah YY/T 0969-2013 (Disposable medical mask), GB/T 32610-2016 (Technical specifications of daily protective masks), YY 0469-2011 (Medical surgical mask) dan lain-lain lagi. 

“Standards Users mendapati pelbagai jenis perkataan ditulis pada kotak pelitup muka tidak berselari dengan kod standard China sebagai contoh kotak pelitup muka yang dibeli dari sebuah farmasi di Lembah Klang bertulis YY/T 0969-2013 Medical Face Mask tetapi menurut kod standard China YY/T 0969-2013 adalah Disposable medical mask,” ujarnya.

Jelasnya, banyak juga yang tiada sebarang label kod standard pada kotak topeng muka dari China yang mana perkara ini akan menjadi kesukaran untuk Standards Users mengenalpasti jenis-jenis topeng muka yang terjual di pasaran Malaysia. 

Standards Users juga difahamkan harga pelitup muka adalah berbeza berdasarkan jenis pelitup muka. 

Status kes COVID-19 sehingga semalam.

Pengguna Tiada Pendedahan Jelas

Berdasarkan temubual Standards Users bersama pengguna, rata-rata pengguna mengaku tiada pendedahan yang jelas mengenai jenis-jenis pelitup muka yang bersesuaian dalam melindungi diri daripada wabak Covid-19. 

Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan informasi yang tepat mengenai sesuatu produk supaya mereka mempunyai pilihan memilih sesuatu produk berdasarkan keperluan diri dan kos kewangan masing-masing.

British Standards Institution (BSI) ada mengeluarkan garis panduan untuk pemakaian pelitup muka pada musim wabak Covid-19. 

Berdasarkan garis panduan ini terdapat 2 standard piawaian iaitu EN 14683:2019+AC:2019 Surgical face mask dan EN 149:2001+A1:2009 Protective face mask. 

Surgical face mask ini diperakui oleh European Medical Devices Regulation, yang mana di Malaysia pelitup muka jenis ini adalah di bawah bidang kuasa MDA.

Bagi pelitup muka jenis Protective face mask perlu mematuhi peraturan European Personal Protective Equipment (PPE) tetapi di Malaysia buat masa ini, tiada badan yang mengawal selia pelitup muka jenis Protective face mask atau bukan perubatan. 

Pemakaian pelitup muka jenis fabrik semakin jadi pilihan ramai pengguna tetapi keberkesanannya dalam mencegah pandemik COVID-19 masih diragui. (Foto: Twitter @DGHisham)

Berikutan pengumuman pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memberi isyarat pemakaian pelitup muka adalah wajib sehingga Disember 2020. 

Standards Users amat bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri itu untuk menurunkan harga pelitup muka supaya pengguna tidak terbeban dengan kos tambahan perlindungan diri tersebut. 

Justeru, Standards Users menggesa pihak berkaitan memantau penjualan pelitup muka dengan lebih ketat baik dalam talian mahupun di kedai fizikal supaya tiada pihak mengambil kesempatan menjual pelitup muka yang murah tetapi tiada kualiti untuk kegunaan perlindungan pengguna.

Pemakaian pelitup muka yang tidak berkualiti atau substandard tidak diyakini dapat melindungi si pemakai dan pengguna di sekelilingnya daripada penyebaran virus Covid-19. 

Semua pihak perlu diingatkan bahawa pemakaian pelitup muka ini adalah untuk membendung penyebaran wabak Covid-19 apa lagi banyak mangsa yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan. 

Perkara ini jelas menunjukkan semua pengguna perlu memakai jenis pelitup muka yang berkualiti mengikut saranan WHO selain kerap mencuci tangan dan elakkan diri daripada tempat yang sesak.

Kawasan selamat zon hijau yang tiada kes COVID-19 manakala ada kes di zon kuning.
Status di kawasan Sabah dan Sarawak mengikut zon.
  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*