Grab Perluas Pakej Pikul Bersama, Bantu Penduduk Luar Bandar

Grab terus memperluas perkhidmatan di luar bandar.

Perkara tersebut diumumkan ketika majlis   pelancaran Desamall@Mersing yang   dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad memaklumkan kawasan perkhidmatan Grab kali ini termasuk di Mersing, Segamat, Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada perjalanan berterusan Grab dalam memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia selain membantu mewujudkan lebih banyak peluang kerja. 

Perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat akan bermula pada akhir bulan ini menakala seterusnya diikuti perkhidmatan GrabFood dan GrabMart (100 peratus tanpa tunai dengan GrabPay) dirancang pada suku keempat tahun ini. 

Bagi kawasan utara, Grab akan beroperasi di Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.  

Dr Abd Latiff (tengah) bersama Alwiyah berbual dengan Ebi Azly.

Ketua Luar Bandar, Grab Malaysia, Ben Chin berkata, langkah Grab ini adalah sebahagian usaha memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutama masyarakat di luar bandar di mana pendapatan sebanyak 41 peratus lebih rendah daripada pendapatan penduduk bandar sepertimana dinyatakan Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Sebagai penyokong ekonomi digital, kami berbangga membawa teknologi kami ke komuniti luar bandar dengan menyediakan rakyat Malaysia dengan penyelesaian yang lebih selamat, boleh dipercayai dan   berpatutan.

“Pada masa sama, kami mahu mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan di seluruh ekosistem perkhidmatan kami yang merangkumi pengangkutan, makanan dan pasar raya terutama di kawasan luar bandar.  

“Menerusi pengembangan ini, kami juga berharap dapat bekerjasama dengan  kerajaan tempatan dan rakan kongsi  agar terus menyokong kegiatan ekonomi di kawasan ini, dan mereka diberi kuasa untuk berkembang maju dalam ekonomi digital”, katanya.

(Dari kiri), Ketua Perhubungan Kerajaan & Awam, Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah,
Dr Abd Latiff Ahmad, Alwiyah Taib dan pemandu Grab, Azman Sulaiman hadir pada majlis Pelancaran Desamall@Mersing, baru-baru ini.

Tambahnya, Grab juga memperluas inisiatif Pakej Pikul Bersama untuk rakan pemandu baru menyertai platform Grab dengan   menyediakan pembayaran balik sekali sahaja sehingga RM120 untuk lesen PSV mereka dan RM70 untuk pemeriksaan permulaan kenderaan di PUSPAKOM. 

“Inisiatif Pakej Pikul Bersama diwujudkan untuk membantu rakan pemandu melepasi beberapa proses peraturan ketika pertama kali diumumkan Kementerian Pengangkutan pada tahun 2019.

Grab  percaya bahawa semasa Asia Tenggara berkembang dan bergerak maju, tiada siapa yang akan ketinggalan. Kajian menunjukkan 1 daripada 70 orang di Asia Tenggara memperolehi pendapatan melalui platform Grab.

Matlamat Grab adalah untuk membolehkan dan memperkasakan komuniti di seluruh negara  supaya  berkembang dalam   ekonomi digital di samping mewujudkan   lebih banyak peluang untuk menambah pendapatan rakyat Malaysia.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*