04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Peringatan Penting Buat ’Couple’ Jika Ke TGV Mesra Mall

2 min read

Awas bagi pasangan bercinta!

Jika anda bercadang nak pergi menonton wayang ketika pandemik COVID-19 masih belum berakhir lebih baik fikir dua kali.

Pawagam TGV Mesra Mall, Terengganu melaksanakan zon pengasingan tempat duduk untuk lelaki, perempuan dan keluarga.

Merujuk Garis Panduan Pawagam Mesra Mall yang dimuat naik menerusi laman sesawang TGV Cinemas, penonton beragama Islam yang bukan suami isteri atau adik beradik tidak dibenarkan duduk bersebelahan.

Pawagam TGV sering menjadi tumpuan penonton khususnya pasangan bercinta.

Selain itu, beberapa peringatan juga dinyatakan iaitu penonton beragama Islam hendaklah berpakaian menutup aurat dan sopan dengan maksud tidak terlalu ketat, jarang dan singkat.

Peraturan tersebut ditetapkan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Pengasingan tempat duduk berkenaan juga dibuat mengikut warna iaitu biru untuk semua individu atau kumpulan penonton lelaki sahaja, merah jambu khusus pada semua individu atau kumpulan penonton perempuan sahaja manakala kuning bagi keluarga, pasangan suami isteri atau mahram.

Tiga zon untuk penonton di TGV Mesra Mall, Terengganu.

Indikasi mengikuti warna yang tertentu akan dipamerkan semasa proses pembelian tiket, sama ada di laman sesawang TGV Cinemas, aplikasi atau kios TGV.

Bagi pasangan suami isteri perlu mengemukakan kad nikah atau dokumen berkaitan sebagai bukti pengesahan perkahwinan. Staf TGV akan melakukan pemeriksaan terhadap individu, kumpulan atau pasangan yang hadir ke pawagam tersebut.

Penonton yang tersalah beli tiket tanpa mengetahui perlaksaan pengasingan tempat duduk ini akan dibantu staf TGV dengan menukar tempat duduk jika terdapat kekosongan.

Perlaksaan pengasingan tempat duduk di TGV Mesra Mall ini merupakan garis panduan ditetapkan MPK bagi industri hiburan di negeri Terengganu dan semua penonton dikehendaki untuk mematuhinya berkuatkuasa semalam (3 September 2020).

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.