Hilang Kerja Ketika PKP, Individu Ini Tarik Perhatian Netizen Menerusi ‘Lunch Box’

Bukan mudah cari rezeki.

Namun jika ada usaha, tidak mustahil untuk meraih pendapatan dalam pelbagai cara.

Seorang individu yang kehilangan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu mengakui bukan mudah mohon kerja lain selepas apa yang berlaku pada diirinya.

Akibat hilang kerja, dia mengambil keputusan berniaga secara dalam talian.

Ujarnya, dia memohon pelbagai kerja termasuk mencuba nasib di kedai serbaneka popular 7 Eleven tetapi gagal dapat kerja.

Justeru, dia meneruskan hidup sehingga terpaksa bergantung pada duit simpanan.

Dia akhirnya mengambil keputusan berniaga makanan secara dalam talian.

Makanan yang dijual secara dalam talian semakin mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian statusnya di media sosial, dia berkongsi pengalaman hilang kerja dan mula berniaga makanan, memohon agar netizen ‘retweet’ statusnya itu untuk dia terus mencari pelanggan.

Statusnya itu menarik perhatian netizen yang turut bersimpati dan memberi sokongan pada bisnes tersebut.

Makanan yang dijual secara dalam talian lebih jadi pilihan netizen ketika ini.

Apa yang dilakukan individu tersebut yang dikenali sebagai Syed Hafizi boleh dijadikan contoh pada orang lain agar jangan putus asa mencari kerja walaupun berdepan situasi sukar ketika PKP.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*