Kisah Nissan GTR Jadi Teladan…

Anda mungkin pernah mendengar kisah ini.

Perbualan seorang bapa dengan anaknya. Alkisah si bapa mahu menghadiahkan sebuah kereta mewah Nissan GTR kepada anaknya jika dia meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Apa yang menghairankan anaknya, kereta tersebut sebenarnya kelihatan usang akibat terbiar lama di dalam garaj.

“Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu,” sambung bapa memberitahu anaknya itu.

Maka, anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya lalu berkata: “Mereka menawarkan saya $5,000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang.”

Balas bapanya pula, “Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai.”

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai sebelum kembali bercerita pada bapanya.

“Kedai itu menawarkan $500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua.”

Kemudian bapa itu meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu. Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab sebelum kembali dan memberitahu bapanya.

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan $100,000 kerana ia adalah Nissan Skyline R34 iaitu kereta ikonik dan dicari ramai.,” katanya.

Melihat pada tiga harga berbeza yang ditawarkan pada anaknya, bapa itu memberi penjelasan pada anaknya apa yang sebenarnya dia perlu faham.

“Ayah nak kamu tahu, tempat dan orang yang tepat akan menghargai kamu dengan nilai yang betul,”ujarnya.

Bapa itu turut menitipkan 4 nasihat daripada kisah teladan yang berlaku pada nasib jentera kereta lumba itu.

  1. Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah. Ini bermakna kita berada di tempat yang salah.
  2. Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.
  3. Jangan tunggu lama di tempat kita tidak dihargai.
  4. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.
  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*