04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Kluster Sivagangga Merebak Lebih Pantas!

1 min read

Sehingga kini, 30 individu disahkan positif COVID-19 dari kluster Sivagangga.

Agak luarbiasa, kluster Sivagangga merebak dengan lebih pantas berbanding kluster lain sebelum ini.

Adakah kita sedang berhadapan dengan virus jenis Super spreader?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kemungkinan negara berdepan kluster ‘super spreader’ dan masih meneliti jenis virus yang menyebabkan hampir 7,000 penduduk di Kedah di kuarantin.

Apakah jenis virus yang dikatakan sebagai Super Spreader ini?

Untuk makluman, virus asal virus COVID-19 dari Wuhan adalah jenis D614.

Dalam tempoh beberapa bulan berlaku mutasi pada protein yang berbentuk duri pada virus ini yang menyebabkan ia lebih efektif dan mudah melekat pada reseptor di saluran pernafasan.

Ia didapati mampu menjangkiti 10 kali ganda lebih pantas berbanding virus asal.


Menurut sumber dari Public Health Malaysia, strain virus yang mengalami mutasi ini dikenali sebagai D614G iaitu virus ‘super spreader’ yang dimaklumkan mungkin bermula dari Mesir dan Pakistan.

Virus kali ini didapati menjangkiti 10 kali ganda lebih pantas daripada virus asal.

Kajian juga mendapati individu yang dijangkiti dengan virus ini mempunyai virus load atau bilangan virus yang jauh lebih tinggi.

Perebakan pantas Kluster Sivagangga menunjukkan kepentingan untuk kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Tiada siapa sangka premis nasi kandar kecil di bandar yang aman boleh menjadi epicenter terbaru wabak Covid-19 di Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati hati kerana COVID-19 masih berada diluar sana.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.