Maria Ozawa Pun Benci COVID-19

Ramai lelaki kenal Maria Ozawa.

Jika aksi selebriti popular seantero dunia ini ditagih ramai peminat, dia juga curi perhatian khalayak apabila berbicara soal pandemik COVID-19.

Terbaru, pelakon seksi ini menyeru pada orang ramai agar terus memberi sokongan dalam berdepan penyakit berbahaya ini.

“Saya berharap fasyen akan terus memberi harapan dan semangat pada hati orang ramai,” katanya dalam status di media sosialnya, hari ini.

Menariknya, Maria menyampaikan mesej positif tersebut menerusi baju T warna hitam yang digayakannya.

Pada baju itu tertulis perkataan yang mahu pandemik COVID-19 ini dihapuskan.

Bagi peminat Maria, boleh membeli baju T berkenaan secara dalam talian pada harga 3,400 Yen (RM135).

Mesti peminat bangga bila Maria juga bersemangat mahu tangani COVID-19 dengan bersungguh-sungguh.

Memang benar, solidariti semua penduduk dunia tanpa mengira latar belakang pekerjaan perlu bersatu ketika ini.

Jika Maria juga prihatin soal COVID-19, anda juga sebagai peminat jangan ambil mudah untuk jaga kesihatan.

  • Kafebuzz.my


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*