Isu Lesen Media Sosial: Kerajaan PN Tidak Sekat Kebebasan Peribadi Individu

Pengguna media sosial wajib ada lesen?

Itu persoalan ramai netizen yang tertanya-tanya keputusan yang dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di Dewan Rakyat, hari ini.

Ramai yang mengecam keputusan kerajaan tersebut yang dianggap suatu yang tidak wajar untuk mewajibkan pengguna media sosial yang turut merakam video untuk tujuan peribadi perlu memohon lesen daripada kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hanya mewajibkan penggambaran seperti filem, drama dan dokumentari perlu memohon Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

Persoalan dan kekeliruan itu terjawab apabila Saifuddin memuat naik kenyataan media terkini menyatakan Akta FINAS 1981 (Akta 244) yang diluluskan pada tahun 1981 tidak ada teknologi media sosial pada masa itu.

Justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mencadangkan akta ini perlu penambahbaikkan.

“Perlu ditegaskan kerajaan PN tidak pernah dan tidak berniat menggunakan akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial iaitu fenomena yang tidak wujud ketika akta ini digubal,” katanya.

Jelasnya, KKMM terbuka menerima sebarang cadangan untuk penambahbaikkan akta tersebut.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*