Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

Aksi Maya Karin Bersama Kuda Hiburkan Netizen

Ada yang sanggup menjadi kuda.

Sampai begitu gurauan netizen apabila melihat aktres jelita Maya Karin membelai dan memandikan seekor kuda.

Maya memuat naik beberapa gambarnya bersama kuda yang bernama Afiya di sebuah kandang kuda di MAEPS, Serdang Selangor.

Maya tetap jelita bersama kuda. (Foto: Instagram – @maya_karin)

Dalam gambar tersebut, dia kelihatan cukup mesra dengan haiwan itu seolah wujud keserasian antara dua makhluk itu.

Menariknya, Maya memberitahu kali terakhir dia mandikan kuda ketika usia 14 tahun.

Maya bukan saja terkenal sebagai pelakon filem yang memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa tetapi dia juga aktivis yang memperjuangkan alam sekitar dan haiwan sebelum ini.

Aksi mesra Maya bersama kuda menghiburkan netizen di media sosial.
(Foto: Instagram – @maya_karin)

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, Maya mencuri perhatian khalayak dengan bisnes burger bakar yang menyelerakan.

Pencapaian Maya sebagai pelakon turut dikongsi peminat selepas memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival TV dan Filem Antarabangsa Ramsgate baru-baru ini menerusi filem berjudul Olympic Dream.

Apa jua aktiviti riadah yang dilakukan Maya, ia suatu yang menghiburkan peminatnya.

Jika peminat sendiri boleh meluahkan perasaan sayang dan cinta pada aktres itu apatah lagi haiwan jika boleh berkata pasti turut meluahkan perasaan yang sama.

Sifat penyayang Maya pada haiwan terserlah menerusi gambar.
(Foto: Instagram – @maya_karin)
  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino