Sosej Ada Kolestrol Jahat Tapi Kenapa Masih Jual Di Kantin Sekolah?

Ramai suka sosej.

Bukan saja kanak-kanak, orang dewasa juga berselera jamah sosej sama ada dimakan bersama burger, roti atau diratah begitu saja.

Namun, tahukah anda sosej bukan makanan yang sihat pada tubuh badan?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sosej bukan diperbuat daripada daging sebenar. 

Sosej adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri seperti tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser) dan tinggi kandungan garam (sodium & MSG).

Apa yang membahayakan orang ramai ialah makanan kegemaran ramai kanak-kanak itu turut mempunyai bahan pengawet tinggi yang boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan dan meningkatkan risiko obesiti serta kanser usus.

“Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit. 

Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita,” jelas KKM menerusi status di Facebook, hari ini.

KKM juga menasihatkan orang ramai agar mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan dengan merujuk Bahagian Pemakanan, KKM.

Maklumat yang dinyatakan KKM menerusi media sosial sangat bermanfaat pada orang ramai tapi apa yang menjadi isu dalam kalangan masyarakat ialah mengapa makanan ini masih dijual di kebanyakan kantin sekolah.

Apakah pihak sekolah buat tidak tahu atau mengambil berat aspek pemakanan murid atau pelajar?

Mungkinkah maklumat sebegini hanya bermatlamat memberi kesedaran di media sosial semata-mata.

Mesej ini juga untuk Kementerian Pendidikan agar memikirkan masa depan generasi baru lebih banyak dipengaruhi pemakanan yang sihat.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*