Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

Rizq Islamic School Guna RVS Ketika PKP, Wujud Eco Sistem Lebih Sempurna

Belajar secara online sebenarnya tidak gagal.

Ini dapat dibuktikan menerusi Rizq Islamic School (RIS) yang menjalankan proses pembelajaran secara dalam talian dengan jayanya.

RIS merupakan sekolah swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah lebih awal dalam perancangan sejak 2017 dalam pembangunan ‘e-learning program’ yang dikenali Rizq Virtual School (RVS).

RIS terus beroperasi menggunakan pembelajaran secara dalam talian ketika PKP.

Apabila negara dilanda pandemik COVID-19 dan kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, RIS tanpa rasa kekok terus mengaktifkan secara penuh penggunaan sekolah dalam talian.

“Kesediaan awal dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) membabitkan penggunaan, manual dan tutorial sentiasa membantu para pelajar dan ibu-bapa di dalam proses yang berjalan setiap hari mengikut jadual padat seperti persekolahan biasa.

“RVS beroperasi seawal pagi dengan dimulakan sesi tahfiz dan diikuti pembelajaran subjek penting persekolahan rendah melalui ‘live streaming class’ menerusi bahan rujukan, permainan, latihan, ujian dan ulangkaji yang semuanya interaktif,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

RVS merupakan ‘e-learning program’ yang dibangunkan sejak tahun 2017.

Menariknya, pendekatan video, audio, nota interaktif, permainan dalam talian dan Augmented Reality (AR) disediakan lebih awal di dalam RVS dan sentiasa dikemaskini dari segi bilangan dan kualitinya setiap masa.

“Pada sebelah petang kami menjalankan pembelajaran melalui ‘hands-on’ iaitu ‘project based’ bagi menghadkan masa skrin kepada pelajar.

“RVS adalah satu perpusatakaan bijak atau ‘smart library’ dalam talian yang berpusatkan kepada ‘blended learning’ atau ‘guided self learning’ iaitu memberi ruang kepada kanak-kanak belajar mengikut tahap dan kecenderungan masing-masing,” ujarnya.

RVS beroperasi seawal pagi dimulakan sesi tahfiz diikuti pembelajaran subjek penting persekolahan rendah melalui ‘live streaming class’.

Tambahnya, RVS mempunyai 3 ciri utama iaitu pendekatan dan penggunaan teknologi maklunat (IT), pendekatan belajar sambil bermain@playbased learning dan pendekatan berciri islamic dan tahfiz moden.

“Kesemua ciri utama ini diyakini dapat mewujudkan eco sistem yang lebih sempurna dan hampir pada sifat natural belajar anak-anak.

“Apa yang penting, data analisis penggunaan dan respon dari ibu-bapa, pelajar dan guru-guru sentiasa positif dan berpuas hati dengan peratusan yang sentiasa meningkat hari ke hari,” jelas kenyataan itu lagi.

RIS turut mempraktikkan Prosedur Operasi Standard (SOP) membabitkan penggunaan, manual dan tutorial.

Pengurus Besar RizQ, Mohamad Fahmi Ahmad Naim berkata, dari segi pengalaman penyediaan bahan dan pemilihan, pihaknya sentiasa berbincang dan menangani setiap kekurangan dan masalah kecil yang berlaku agar ditangani awal.

“Pihak kami juga mendapat pandangan, nasihat dan beberapa idea penambahan pembangunan khususnya konten pembelajaran dari pelbagai pihak.

“Sehingga kini, RVS mempunyai hampir 800 klip video dan audio pembelajaran, 1,000 ibook dan nota interaktif, 600 ‘games’, 300 bahan dan terbaru pembangunan AR sekitar 100 bahan asas dan masih ditambah hari ke hari,” katanya.

Mohamad Fahmi Ahmad Naim

Ujarnya, cabaran sekolah Rizq kini dalam mengendalikan sekolah dalam talian adalah mempromosi dan memberi kesedaran kepada semua ibubapa serta mengajak lebih ramai untuk mendapat manfaat dari platform ini kerana ia dibuka kepada semua pihak.

“Saranan pihak kerajaan memperkasakan sekolah dalam talian telah lama pihak kami usahakan dan seiring dengannya. Semoga mendapat sokongan semua pihak dari usaha ini dan menjadikan negara kita lebih subur dan sentiasa kehadapan dalam dunia pendidikan Malaysia,” katanya.

RVS adalah satu perpusatakaan bijak atau ‘smart library’ dalam talian yang berpusatkan kepada ‘blended learning’ atau ‘guided self learning’.
  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino