Karyaneka Bagi Diskaun Sehingga 70 Peratus!
1 min read
Banyak produk tempatan boleh dibanggakan.
Baju batik, tikar mengkuang, labu sayong dan pelbagai barang perhiasan yang diperbuat daripada ukiran kayu antara produk tempatan yang sering menjadi tarikan pada pengunjung.

Menariknya, produk sebegini bukan hanya diminati masyarakat tempatan tapi pelancong asing juga terpikat untuk memilikinya.
Bagi mereka yang mencari produk tempatan sedemikian untuk koleksi peribadi mahupun cenderamata buat orang lain, anda boleh singgah di Karyaneka, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala Lumpur.

Terletak di lokasi bandar iaitu Jalan Ampang, Karyaneka sedang membuat promosi Jualan Pertengahan Tahun bermula dari 3 Julai hingga 30 Julai 2020.
Pengarah MATIC, Rudy Irwan Shukaime menyatakan jualan barangan ini hanya produk terpilih dan sehingga masih dalam stok.
“Jom sokong produk tempatan. Kraftangan Malaysia adalah terbaik,” katanya menerusi status dipetik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Pada mereka yang mempunyai kelapangan, apa kata singgah ke Karyaneka. Jangan lepaskan peluang sebab diskaun yang diberikan sehingga 70 peratus!

- Kafebuzz.my