David Teo Buka Pintu

Bintang dicipta bukan dilahirkan.

Kata-kata itu sering dilafazkan produser terkenal, David Teo merujuk pada artis yang diberi peluang membintangi filem terbitannya.

Jika produser lain lebih selektif mengambil pelakon popular untuk melariskan filem sebaliknya David mempunyai strategi tersendiri mengambil ramai bakat baru bernaung sebagai artis di bawah produksinya.

Ketika ini masih ramai pelakon dan kru produksi terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 apabila tiada tawaran kerja baru.

Bagaimanapun, David mengambil langkah berani dengan ‘buka pintu’ pada bakat baru ini untuk menjadi pelakon.

Menerusi perkongsian ceritanya di media sosial, produser MIG Pictures ini memuat naik gambarnya bersama bakat baru sambil memegang kontrak kerja.


David sebelum ini berjaya meraih pelbagai kejayaan filem Melayu yang mencatat kutipan pecah panggung.

Menariknya, David menggilap ramai selebriti dan bakat baru menjadi pelakon popular antaranya Farid Kamil, Pierre Andre, Yana Samsuddin, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Kamal Adli dan juga mengembalikan kegemilangan pelawak Senario di layar perak.

Dalam satu posting sebelum itu, David bersama seorang gadis yang juga bakat baru beraksi menari tik tok.


  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*