Menteri KKMM Turun Padang Ke Lokasi Penggambaran

Jarang sebenarnya menteri turun padang ke lokasi penggambaran.

Meskipun senario tersebut bukan suatu yang mustahil pernah berlaku pada menteri sebelum ini tetapi ia suatu tindakan positif dalam mengambil berat apa yang berlaku dalam kalangan warga seni.

Terbaru, satu lawatan kerja dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah ke satu lokasi penggambaran.

Merujuk pada satu posting di Instagram, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Saifuddin bersama Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri meluangkan masa di lokasi pemggambaran yang dijalankan di Taman Shamelin Perkasa, Cheras Kuala Lumpur.

Mereka turut menyaksikan bagaimana penggambaran dilakukan bersama pelakon dan kru produksi.

Kelihatan sama dalam gambar yang dimuat naik FINAS itu ialah produser, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan beberapa pelakon seperti Datuk Seri Shah Rezza dan Dian P Ramlee.

Sebelum ini, industri hiburan juga terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan penggambaran terpaksa dihentikan selama 3 bulan.

Bagaimanapun, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan penggambaran disambung semula bermula 10 Jun lalu di mana Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipatuhi.

Antara SOP yang diwajibkan adalah penjarakan sosial antara pelakon, merekod suhu badan dan penggunaan hand-sanitizer.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*