05/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

“Make sure bangun tidur jangan blur sangat macam I ni panic” – Tiz Zaqyah Kongsi Pengalaman Diugut Scammer

1 min read

Ramai yang pernah jadi mangsa.

Tidak kira siapa saja termasuk golongan selebriti sering menjadi sasaran scammer yang mahu mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Kes terbaru membabitkan pelakon popular, Tiz Zaqyah yang hampir terpedaya dengan tindakan licik scammer yang menuntut bayaran AS$500 untuk mendapatkan kembali akaun Instagramnya.

Berkongsi pengalaman ngeri tersebut, dia menerima mesej daripada Instagram yang mempunyai tanda ‘blue tick’ seolah akaun sebenar yang menyatakan akan menutup akaun media sosialnya itu dalam tempoh 24 jam.

Akibat panik dengan amaran tersebut, dia terperangkap dalam 1 pautan yang memintanya untuk mengubah kata laluan semula. Dia tidak menerima sebarang kod keselamatan untuk kata laluan tersebut sehingga diminta untuk membuat bayaran sebanyak AS$500.

Jelasnya, dia akhirnya menerima kod keselamatan itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira 3 jam selepas itu.

https://www.instagram.com/p/CBzbr2WAMPu/?utm_source=ig_web_copy_link

Apa yang menimbulkan tanda tanya pada mesej daripada Instagram sebelum itu sebenarnya apabila menyatakan ayat “Are you there Madam”, yang bertujuan memerangkap pengguna dengan taktik penipuan scam.

Bagi selebriti, akaun media sosial sangat penting sebagai platform mencari sumber rezeki. Bayangkan jumlah pengikut yang ramai sebenarnya memberi kesan pada peluang untuk mereka mendapatkan tawaran kerja baru.

Pesan pelakon filem Nur Kasih ini, walaupun akaun Instagram ada tanda ‘blue tick’ tapi jangan panik apabila menerima mesej berkenaan.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.