18/01/2021

Filem Syif Malam Raya Berjaya Raih RM1.6 Juta

1 min read

Cabaran buat filem pada masa kini memang sangat mencabar.

Buat masa ini semua penggambaran masih belum diberi kebenaran untuk dijalankan.

Sebaliknya, ada filem tempatan masih berpeluang ditayangkan kepada khalayak tapi dalam versi pawagam di rumah iaitu saluran Astro First.

Filem terbaharu, Syif Malam Raya arahan Prof Datuk Dr A Razak Mohaideen yang kini ditayangkan di TV berjaya meraih sambutan menggalakkan daripada penonton.


https://www.instagram.com/p/CAmfr8vp9ny/?igshid=r4q6pir766i9

Dijayakan pelawak popular kumpulan Zero sebagai pelakon utama, filem genre komedi seram ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.6 juta untuk 4 hari tayangan.

Pencapaian positif filem ini memberi maksud situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa sehingga 9 Jun ini bukan halangan pada filem tempatan untuk meraih kutipan tinggi.


Filem Syif Malam Raya masih boleh ditonton menerusi saluran Astro First (saluran 480).

  • kafebuzz.my


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *