Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

Lepas Rindu Dengar ‘Dendang Perantau’ Tapi Versi Jepun…

Menjelang Aidilfitri, ramai terkenang kampung halaman.

Tapi, raya kali ini berbeza buat ramai rakyat Malaysia apabila tidak dapat pulang beraya di kampung.

Meskipun kerajaan memberi kelonggaran pada orang ramai beraya pada hari raya pertama dengan anggota keluarga tidak melebihi 20 orang berkumpul pada satu masa, perasaan mahu beraya di kampung tetap menebal.

Kelmarin saja dilaporkan lebih 3,000 pemandu cuba memboloskan diri balik kampung walaupun kerajaan sudah menyatakan perbuatan tersebut tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa hingga 9 Jun depan.

Di sebalik kisah rakyat Malaysia berdegil cuba nasib balik kampung, lagu popular Dendang Perantau terus jadi pilihan ramai.

Ini semua gara-gara ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sempat berseloroh agar stesen radio memainkan lagu Dendang Perantau untuk mengubati kerinduan orang ramai yang tidak dapat pulang beraya di kampung pada tahun ini.

Lagu nyanyian Tan Sri P Ramlee itu semenangnya menjadi lagu kegemaran ramai dan lagu wajib tiap kali tiba hari lebaran.

Namun, pernah tak anda terfikir bagaimana gamaknya jika ia dinyanyikan dalam bahasa Jepun?

Percubaan tersebut dilakukan penyanyi Malaysia yang sebelum ini mencipta nama di negara matahari terbit iaitu Aizdean.

Persembahan bersahaja dalam video pendek yang dimuat naik menerusi YouTube itu bukan saja menghiburkan tapi mungkin boleh membuatkan orang Jepun turut berkongsi kesedihan raya kali ini.


  • Kafebuzz.my



Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino