Aktor Popular Beraksi Dalam Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki

Artis mengaji sempena Ramadan.

Lazimnya penonton menyaksikan artis kegemaran mereka beraksi di TV sama ada berlakon atau menyanyi.

Namun, jarang kita semua mendengar atau menonton golongan selebriti ini mengaji apatah lagi bersempena Ramadan.

Buat peminat dan penonton setia TV AlHijrah, satu program istimewa iaitu Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki menemui penonton bermula hari ini (25 April).

Penonton TV AlHijrah berpeluang menonton aksi artis popular mengaji di TV.

Ia adalah sebuah rancangan yang menyantuni dan mendidik penonton setia stesen ini untuk mempelajari serta membaca al-Quran dengan tartil serta talaqqi.

Rakan selebriti tanah air seperti Datuk Shah Reza, Datuk Aaron Aziz, Datuk Fizz Fairuz, Ebby Saiful, Izzue Islam dan ramai lagi akan bersama-sama Ustaz Mohd Fahmi Asraf Razali menghayati al-Quran mengikut cara bacaan sebenar Baginda Rasulullah SAW.

Program Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 6 petang.

Program ini dihoskan Hanan Abd Rahman.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*