Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

“Siapa-Siapa Ada YouTube Kita Sokong dan ‘Subscribe'” – Rashid Sibir Bersama Rakan Pengarah Bantu Jana Pendapatan

Apakah nasib penggiat seni ketika PKP?

Sepertimana kita semua tahu PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Jadi, dalam kita semua berdepan 2 minggu akan datang masuk Fasa 3 PKP yang bermula 15 April ini, apakah perancangan penggiat seni seterusnya?

Ketika ini, bisnes makanan cukup mendapat sambutan menggalakkan apatah lagi ia membuka peluang pada ramai usahawan dan individu di rumah untuk berniaga secara dalam talian.

Begitu juga, ia menjana peluang pekerjaan kepada penghantar makanan yang dilabel sebagai ‘frontliner’ atau barisan hadapan.

Ia bukan mustahil apabila pengarah drama sendiri terpaksa melakukan kerja sebagai penghantar makanan untuk mencari rezeki buat masa ini memandangkan semua aktiviti penggambaran drama atau filem dihentikan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Begitu juga, pengarah-pengarah tempatan ini mengambil inisiatif mempromosikan media sosial masing-masing khususnya YouTube untuk menjana pendapatan sampingan.

Menariknya, mereka saling menyokong satu sama lain dengan ‘subscribe’ iaitu melanggan akaun YouTube rakan-rakan pengarah ini.

Ia secara tidak langsung menaikkan jumlah ‘subscriber’ dan tontonan sehingga mereka sendiri mampu meraih pendapatan apabila jumlah mencecah 1,000 pelanggan.

Pengarah drama terkenal, Rashid Sibir juga berpandangan ia bukan suatu yang mustahil untuk akaun YouTube pengarah-pengarah ini meraih jumlah ‘subscriber’ tersebut.

“Siapa-siapa ada ‘channel’ YouTube kita sokong dan ‘subscribe’. Geng FDAM pun ramai. Bagitau geng artis pun ramai.

“Sama-sama sokong dan bantu. Mudah saja dapat 1,000 tapi tak mau sokong. Inilah masa kesatuan itu penting. Tekan saja ‘subcribe. Jom sama-sama,” katanya dipetik daripada mesej kumpulan FDAM, hari ini.

FDAM turut mempunyai akaun YouTube yang berkongsi pelbagai video untuk ahli dan orang ramai.

Pandangan pengarah drama bersiri popular Tanah Kubur ada benarnya kerana pada masa ini, orang ramai lebih banyak masa melayari pelbagai kandungan hiburan di telefon pintar.

Justeru, adanya kandungan hiburan menarik yang disajikan pengarah drama tempatan sendiri, ia mampu meraih perhatian khalayak untuk tonton dan ‘subcribe’.

Paling penting, artis yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial juga perlu menyokong usaha pengarah-pengarah drama tempatan ini dengan ‘subcribe’ akaun YouTube mereka.

Inilah masa artis popular untuk balas budi pengarah yang banyak membuka peluang dan mengajar mereka di lokasi penggambaran.

Meskipun pendapatan daripada YouTube mungkin dianggap tidak seberapa tapi ia sekurangnya membantu meringankan beban pengarah drama dan filem tempatan ketika ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino