Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

Empat Kesilapan Usahawan Ketika COVID-19, Ini Nasihat Jutawan Internet, Irfan Khairi

Apa yang kita takutkan terjadi.

Wabak COVID-19 masih berleluasa di serata dunia. Kebanyakan negara masih melaksanakan perintah berkurung.

Malaysia juga melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal masuk Fasa 3 bermula 15 April sehingga penghujung bulan ini.

Situasi ketika ini mengakibatkan ramai terpaksa berehat di rumah, tidak bekerja termasuk usahawan yang menjalankan perniagaan melalui situasi yang sangat sukar.

Jutawan Internet, Irfan Khairi merumuskan empat kesilapan yang dilakukan usahawan ketika berlakunya situasi COVID-19 pada masa ini.

1. Tunggu dan lihat

Ramai daripada usahawan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, tunggu apa yang akan terjadi.

Ini adalah kesilapan pertama yang dilakukan usahawan sebab mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Jangan tunggu dan lihat tapi sekarang ialah masa untuk bertindak atau ‘taking action’.

2. Mod bertahan

Kebanyakan perniagaan dalam situasi ‘defensive mode’ bermaksud sekadar bertahan. Usahawan takut buat itu dan ini sebaliknya jaga apa yang ada. Sekarang ini usahawan kena menyerang atau ‘move forward’.

Dalam bola sepak kalau anda ‘defense’ sahaja macamana boleh menang. Kena berhati-hati. Memang kena jaga ‘cashflow’ dan guna banyak teknik pemasaran secara percuma.

Waktu inilah sepatutnya usahawan buat pemasaran, kena menyerang meggunakan teknologi secara percuma sepertimana cara menyerang dilakukan IK.

Menyerang berpada-pada bukan habiskan duit. Kalau pesaing tengah ‘defense’, ini masa terbaik untuk usahawan ‘attack’ kembangkan perniagaan.

3. ‘Denial mode’

Usahawan tak nak terima keadaan sekarang, masih dalam ‘denial mode’ bermaksud menafikan keadaan sekarang.

Pakar ekonomi mengatakan ekonomi akan pulih sekurang-kurang setahun. Impak kali ini lebih teruk dari kemelesetan yang pernah berlaku pada tahun 1998.

“Saya faham orang kata kita kena redha dengan keadaan perniagaan kita sekarang tapi kalau kita tak ‘take action’ macamana Allah nak bantu kita.

“Kita rasa ‘denial’ dalam keadaan sekarang ini tapi jika kita tak ‘take action’, perniagaan akan gagal,” katanya dalam satu video yang dimuatkan naik menerusi akaun Facebooknya, semalam.

Irfan menambah pakar ekonomi juga mengatakan perniagaan yang hebat akan berjaya dalam keadaan ini, perniagaan medium (biasa-biasa) akan lemah, perniagaan lemah sebelum COVID-19 akan mati, anda kat mana sebenarnya?

“Mungkin sebulan yang lepas, jika perniagaan anda hebat anda akan terus ‘survive’, kalau biasa-biasa perniaagaan kita akan lemah, kalau lemah sebelum perniagaan akan mati.

4. Putus asa terlalu awal

“Apa yang disampaikan adalah logik. Jangan ‘on denial mode’ atau ‘in the bubble’. Sekarang situasi dah terjadi, kena sesuaikan diri dengan situasi, kena sedar, terima perubahan apa yang kita perlu lakukan dan ambil tindakan,” katanya.

Ramai usahawan dalam keadaan kini tidak tahu nak buat apa, mereka terus putus asa dan buntu.

“Saya tak salahkan keadaan sekarang yang memberi tekanan pada semua orang sehingga mereka tak boleh buat keputusan, beremosi dan rasa putus asa terlalu pantas.

“Jika anda putus asa, seratus peratus perniagaan anda akan gagal. Simpan ‘cashflow’, jangan belanja banyak sangat untuk iklan sana iklan sini seperti Facebook Ads tapi belajar bagaimana nak buat pemasaran secara percuma yang sering saya lakukan sejak bertahun-tahun lalu sehingga sekarang,” katanya.

Ketika orang ramai berkurung dalam rumah akibat PKP, IK berusaha membantu usahawan menerusi program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial secara dalam talian menerusi www.irfankhairi.com/online.

  • Kafebuzz

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino