Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

Pengarah Filem Terkenal Kongsi Foto Bersanding 35 Tahun Dulu…

Kisah keluarga adalah peribadi.

Ada artis enggan berkongsi perjalanan kisah peribadi mereka kepada khalayak. Mereka beranggapan hanya kerjaya seni mahu diceritakan pada peminat.

Namun, adanya media sosial pada zaman kini, artis lebih senang berkongsi kisah hidup mereka secara terus.

Bagi pengarah filem terkenal, Mamat Khalid berkongsi cerita, meluahkan perasaan dan pandangan peribadi termasuk gambar di akaun media sosialnya adalah suatu yang normal yang dilakukannya.

Terbaru, Mamat berkongsi tiga foto peribadi buat tatapan peminat.

Pengarah filem pecah panggung Hantu Kak Limah ini memuat naik gambar berkenaan sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-35.

Mamat bersama isteri, Intan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka ke-35, semalam. (Foto: Mamat Khalid – Facebook)

Sudah tentu menempuh alam berumah tangga hampir 4 dekad bukan suatu yang mudah untuk dihitung apatah lagi melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup.

Mamat pernah beberapa kali terlantar sakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat masalah penafasan dan sakit dada yang dipercayai berpunca daripada kurang berehat dan terlalu kuat bekerja.

Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua. (Foto: Mamat Khalid – Facebook)

Di sebalik insiden tersebut, Mamat masih gagah untuk berjuang dalam bidang seni.

Apa yang membuatkan Mamat terus bersemangat dalam hidup sebenarnya adalah sokongan isteri tercinta yang bukan saja begitu mencintai ‘lelaki kurang dua tiga biji skru’ itu tetapi sanggup menjaga dirinya ketika terlantar sakit.

Dalam salah satu foto berkenaan, kelihatan isterinya, Intan menjaga suaminya itu di hospital.

Isteri Mamat Khalid menemani suaminya ketika di hospital. (Foto: Mamat Khalid – Facebook)

Lebih mengujakan foto Mamat yang nampak muda dan kacak bersanding dengan isterinya boleh dianggap koleksi epik!

Bagi peminat, karya Mamat masih dinantikan meskipun ramai pengarah filem generasi baru mewarnai industri perfileman tempatan.

Sentuhan pengarahan Mamat pada genre komedi selalu menjadi dan menghiburkan. Kejayaan karyanya bukan hanya mengangkat kehebatan filem Melayu tetapi paling penting menjadi kebanggaan orang Perak.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino