Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

“Kita Kuarantin Kat Rumah Menu Dah Macam Hari Raya” – Dayana Roza Antara Selebriti Hulur Bantuan

Apa artis Malaysia buat ketika ini?

Seperti kita semua tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April.

Jika sebelum PKP, artis sering berkongsi aktiviti kerja seni mereka di media sosial tapi kini, semua terpaksa duduk di rumah.

Masuk fasa kedua PKP, ada segelintir artis mengambil peluang melakukan kerja amal membantu golongan lain menerusi bantuan makanan.

Mungkin kisah beberapa selebriti tempatan ini boleh menjadi contoh pada artis lain dan orang ramai untuk turut sama membantu.

Ainina Ahmad B

Pelakon senior ini cukup dikenali ramai menerusi lakonan pelbagai drama TV. Di kelapangan PKP yang masih berkuat kuasa, pelakon ini mengambil peluang terbabit dalam kerja sukarelawan bersama badan bukan kerajaan (NGO).

Ainina memuat naik gambarnya bersama rakan ahli Gagasan Transformasi Anak Seni lain menyiapkan barangan keperluan untuk disumbangkan pada golongan memerlukan.

Dayana Roza

Mungkin peminat bertanya apa sumbangan artis pada masyarakat ketika PKP?

Bagi pelakon muda Dayana Roza, dia juga tidak mahu duduk diam melihat apa yang berlaku pada segelintir masyarakat yang dihimpit kesusahan pada masa ini.

Menariknya, pelakon filem Minah Moto ini mengambil inisiatif membantu orang lain menerusi sumbangan barangan keperluan pada golongan tidak bernasib baik.

“Kita kuarantin kat rumah menu dah macam hari raya. Tapi pernah tak kita terfikir ada keluarga yang nak makan nasi pun tak mampu dah…,” katanya dalam satu status di Instagramnya, hari ini.

Man Raja Lawak

Aksi jenakanya di atas pentas sering buat peminat terhibur. Sebagai penghibur, Man Raja Lawak juga tampil menawarkan diri mahu membantu golongan tidak berkemampuan.

https://www.instagram.com/p/B-cMcrql_BI/?igshid=rkiy1euqu9hc

Zul Yahya

Pelakon senior, Zul Yahya juga tidak ketinggalan berbakti pada masyarakat dengan menghulurkan pertolongan menyampaikan sumbangan pada golongan sebegini.

Merujuk pada gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, kelihatan dia bersama berapa individu lain turun padang menyampaikan sendiri bantuan makanan berkenaan pada penerima.

Mungkin ramai lagi selebriti yang mengambil peluang melakukan kerja amal sempena PKP kali ini.

Seperti Ainina, Dayana Roza, Man Raja Lawak dan Zul Yahya, mereka antara artis tempatan yang prihatin terhadap kehidupan orang lain yang dihimpit kesusahan.

Moga usaha ini berterusan bukan saja ketika wabak COVID-19 membataskan pergerakan kita semua tapi rasa prihatin dan sifat pemurah dan ringan tulang menjadikan diri sendiri lebih insaf.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino