Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

“Hampir Semua Produser Ini Hidup Seperti Lintah Darat…” – Murali Syor Produser Bagi Sumbangan COVID-19

Ketika ini ramai yang sengsara.

Semua angkara wabak COVID-19 yang mengakibatkan ramai rakyat Malaysia termasuk penggiat seni hilang sumber pendapatan.

Bayangkan penggambaran drama atau filem terpaksa ditangguhkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Ini memberi kesan secara langsung pada produser termasuk kru produksi seperti pengarah, pelakon dan kru yang terbabit dalam penggambaran tersebut.

Ketika ini juga, sumbangan orang ramai dialukan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Di sebalik apa yang berlaku, pengarah drama popular Murali Abdullah memberi cadangan agar produser di negara ini memberi sumbangan pada badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu penggiat seni yang terjejas akibat COVID-19.

“Seeloknya kalau produser-produser ini sedekahkan sedikit duit mereka kepada NGO (PROFIMA, SENIMAN, KARYAWAN, FDAM dan 70 lagi NGO), NGO ini boleh menggunakan duit itu untuk membantu kru, production dan artis.

“Sesiapa yang baca ‘post’ saya ini akan kata ia adalah mustahil kerana hampir-hampir semua produser tidak ada sifat kemanusian. Mereka tak akan sedekah,” katanya menerusi satu status di media sosialnya, hari ini.

Perkembangan terkini kes COVID-19 hari ini. (Foto: @kkmputrajaya)

Murali mendakwa golongan produser TV swasta ini meraih anggaran keuntungan sebanyak RM30 juta setahun.

“Kebanyakan produser-produser ini hanya pentingkan diri mereka sendiri! Hampir semua produser ini hidup seperti lintah darat dengan menghisap darah kru teknikal, production dan artis.

“Kalau kita tengok status FB mereka, mereka selalu bercuti di luar negara, tukar kereta mewah dan lain-lain,” ujarnya.

Murali juga menyarankan agar kerajaan memotong 20 peratus daripada kontrak dengan produser untuk disalurkan kepada NGO sebelum disumbangkan kepada penggiat seni.

Status Murali itu bagaimanapun dikritik beberapa rakan artis termasuk produser tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut.

Ada juga berpendapat status itu membuka mata produser lain agar tampil membantu.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino