Last Updated: 10/07/2020 - 5:20 PM

“Jangan Politikkan Isu Kesihatan” – Dr Amalina Bakri Terus Berjuang Rawat Pesakit COVID-19

Ketika ini soal kesihatan menjadi isu utama.

Isu wabak berbahaya COVID-19 masih merebak di seluruh dunia dan Malaysia sendiri sudah mencatatkan jumlah keseluruhan kematian seramai 14 mangsa sehingga semalam.

Ketika semua rakyat Malaysia patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini, media sosial menjadi platform paling sibuk dengan pelbagai maklumat, spekulasi, fakta dan pandangan pelbagai pihak terhadap isu COVID-19.

Anak Malaysia yang berjaya menjadi doktor di London, Dr Amalina Bakri antara individu yang sering berkongsi pandangannya mengenai aspek kesihatan.

Dalam status terkininya, beliau turut memberi nasihat agar isu kesihatan tidak dipolitikan ketika beliau sendiri bersama rakan-rakannya yang lain berjuang merawat pesakit COVID-19.

Dr Amalina juga berjuang merawat pesakit COVID-19. (Foto: @dramalinabakri – Twitter)

Beliau yang mempunyai seramai 577,800 pengikut di Twitter juga memperjelaskan jawatan sebenarnya ialah sebagai doktor pakar dan bukannya doktor pelatih.

Pada awal bulan ini, beliau membuat satu laman sesawang sendiri iaitu ‘Ask Dr Amalina’ yang memuatkan kandungan pelbagai maklumat kesihatan.

Sebagai rakyat Malaysia, kejayaan dan pencapaian Dr Amalina di peringkat antarabangsa sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat negara ini apatah lagi beliau juga adalah salah seorang hero yang berjuang dalam menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino