Last Updated: 05/07/2020 - 3:34 PM

95 Peratus Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Rakyat Malaysia semakin berdisiplin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 95 peratus rakyat negara ini patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan. 

Bagaimanapun, situasi berbeza berlaku ketika ini apabila ada orang ramai yang pulang ke kampung sebelum ini berhasrat pulang ke bandar.

“Trend mula menunjukan mereka mahu pulang ne bandar. Saya nasihatkan agar mereka terus berada di kampung.

“Kerajaan bertindak menyekat dan meminta mereka kembali semula ke kampung,” katanya pada Sidang Media Harian COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi TV, hari ini.


Sekatan jalan raya akan dilakukan untuk menghalang orang ramai di kampung pulang ke bandar. (Foto: @jabatanperdanamenteri – Twitter)


Ismail juga memberi amaran pada individu yang membuat atau menyebar berita palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Sebanyak 85 kes berita palsu sedang disiasat dan 6 telah dituduh di mahkamah.Pada mereka yang gemar atau kongsi berita palsu, saya harap tolong hentikan kerana pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan tegas,” katanya.


Mesin ATM dijangka dipenuhi ramai pengguna kerana tarikh pembayaran gaji dilakukan esok. (Foto: @jabatanperdanamenteri – Twitter)

Beliau juga menyeru agar orang ramai tidak berpusu-pusu ke bank selepas pembayaran gaji dilakukan majikan esok.

“Pihak polis dan tentera terus bertindak mengawal keadaan agar orang ramai mematuhi jarak sosial,” katanya.

Dalam membendung penularan wabak COVID-19, kerajaan juga menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memastikan bekalan barangan pengguna mencukupi.

– Kafebuzz.my

Foto: Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino