Last Updated: 02/04/2020 - 1:41 AM

“Pertimbangkan! Jangan potong Talian Mereka” – Pengarah Filem Bagi Cadangan Isu COVID-19

Hari ini masuk hari kelima.

Ramai rakyat Malaysia sebenarnya patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan. Hanya salah seorang anggota keluarga saja keluar membeli barang keperluan.

Meskipun ini adalah masa terbaik untuk masing-masing meluangkan masa bersama keluarga tapi hakikatnya, mereka yang bekerja sendiri seperti peniaga gerai, pensyarah sambilan mahupun pemandu perkhidmatan kenderaan Grab antara golongan terkesan teruk kerana mereka tiada pendapatan langsung ketika ini.

Apakah tindakan kerajaan atau pihak berkaitan dalam usaha membantu golongan sebegini?

Jika beberapa pihak bank menyatakan bantuan mereka dari aspek penangguhan bayaran balik termasuk menawarkan pinjaman tertentu, bagaimana pula peranan syarikat telekomunikasi?

Pengarah filem, Syed Zul Tojo meluahkan pandangannya terhadap nasib rakyat negara ini yang majoriti adalah pengguna talian daripada syarikat telekomunikasi.

“Bagaimana hidup mereka dalam Kawalan Pergerakan ini. Ramai hampir tiada langsung bekalan untuk makanan, apa lagilah talian.

“Kamu untung berbillion ringgit tahun lepas. Masihkah kamu mahu putuskan talian, satu-satunya cara mereka berhubung?

“Pertimbangkan! Jangan potong talian mereka. Bukan percuma. Kamu kutip kembali selepas 3 atau 6 bulan. Kepada prabayar, teruskan pola penggunaan mereka. Jangan kerana kamu, lebih banyak mangsa menderita,” katanya menerusi satu status di Facebooknya, hari ini.

Apa yang ditekankan adalah cadangannya agar syarikat telekomunikasi tidak memotong talian pengguna yang menggunakan perkhidmatan pascabayar.

Sebagai cadangan, ada baiknya syarikat telekomunikasi juga bersama pihak bank dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bertindak menangguh bayaran bil.

Apa yang berlaku ketika ini adalah bencana di luar jangka yang mengakibatkan sebilangan besar mereka yang bekerja tiada pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Kita mengharapkan pihak-pihak berkenaan lebih prihatin agar pengguna telekomunikasi tidak menjadi mangsa keadaan.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino