Last Updated: 05/07/2020 - 3:34 PM

4,000 Geng Tabligh Sudah Di Kenal Pasti!

Masih ada baki 4,000 orang!

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kira-kira 4,000 jemaah tabligh belum tampil membuat pemeriksaan selepas hadir satu perhimpunan tabligh antarabangsa di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur sebelum ini.

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama 2 tahun boleh dikenakan pada mereka yang didapati melakukan kesalahan tidak mematuhi arahan berhubung COVID-19.

“Buat masa ini, tindakan sedemikian belum lagi diambil kerana kerajaan masih dalam mood nasihat dan berhemah,” katanya pada sidang media jam 12 tengah hari yang turut disiarkan secara langsung menerusi TV, hari ini.

Statistik terkini wabak COVID-19 yang merebak ke seluruh dunia.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan sudah mengenal pasti baki anggota tabligh ini dan meminta agar mereka datang membuat saringan penyakit berbahaya, COVID-19.

Sejak kelmarin, Malaysia menguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan terhadap rakyat di negara ini dengan meminta orang ramai duduk di rumah untuk menyekat wabak tersebut daripada merebak.

Meskipun, orang ramai masih boleh keluar membeli barang keperluan dan bekerja untuk sektor tertentu, amaran diberikan tidak keluar rumah tanpa tujuan atau balik ke kampung.

Orang ramai diminta agar terus berada di rumah sepanjang tempoh 2 minggu Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Ismail juga menyatakan kerajaan menanggung pembelanjaan makan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang masih berada di kolej.

Menerusi sidang media itu, sudah tentu pihak kerajaan dan rakyat Malaysia sentiasa mengambil langkah berhati-hati mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuat kuasa sehingga 31 Mac ini.

Rakyat Malaysia juga mengharapkan agar golongan tabligh berkenaan ‘serah diri’ untuk menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 termasuk individu yang berhubung dengan pesakit yang didapati positif sebelum ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino