Last Updated: 02/04/2020 - 1:41 AM

Ada Produksi Berdegil Masih ‘Shooting’?

Bagaimana hidup artis ‘terpenjara’ di rumah?

Berikutan arahan kerajaan kepada rakyat Malaysia agar mengikut Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini, nampaknya segala aktiviti di luar terpaksa dibatalkan atau dikurangkan buat sementara waktu.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) turut mengeluarkan kenyataan media semalam memaklumkan penutupan sementara premis dan operasi perkhidmatan mereka.

Sebelum kenyatan media tersebut dikeluarkan, satu kenyataan media mengenai penangguhan tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang sepatutnya akan berlangsung pada 9 hingga 18 April depan.

Kedua kenyataan media itu dikeluarkan susulan penularan wabak COVID-19 yang masih berleluasa.

Apa yang mengusarkan penggiat seni semalam adalah sama ada artis dan kru produksi yang terbabit dalam penggambaran drama atau filem diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini sehingga penghujung bulan ini.

Ada segelintir pengarah drama sendiri yang berbalah sama sendiri menerusi mesej berkumpulan WhatsApp satu persatuan hiburan sama ada boleh atau tidak penggambaran diteruskan sebelum FINAS mengeluarkan kenyataan media secara rasmi di media sosial mereka.

Dalam kenyataan media tersebut FINAS menyatakan “semua pemegang lesen di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Akta 244) adalah DINASIHATKAN untuk menghentikan semua aktiviti perfileman selaras dengan arahan Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Sebarang risiko di atas ketidakpatuhan perkara ini adalah di bawah tanggungjawab pemegang
lesen sendiri.”

Bagaimanapun, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac menyatakan ada produksi yang masih menjalankan penggambaran di lokasi.

Ujarnya, FINAS masih mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut sebelum mengambil tindakan.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai agar mengambil serius arahan yang sudah dikeluarkan kerajaan.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino