Agong ‘Turun Padang’ Pantau COVID-19

Pelbagai maklumat disebarkan menerusi mesej berkumpulan di WhatsApp.

Segelintir individu mempersoal apa tindakan menteri-menteri kerajaan baharu yang dilantik dalam menangani wabak COVID-19?

Apakah mereka juga hanya duduk di rumah berdiam diri?

Bagaimanapun, situasi berbeza dapat dilihat apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya, hari ini.

Beberapa foto dimuat naik menerusi akaun media sosial KKM, @kementeriankesihatanmalaysia menunjukkan baginda berdua turut diberi taklimat mengenai operasi pemantauan, pengumpulan dan perkongsian maklumat berhubung COVID-19.

Sikap dan keprihatinan baginda berdua ‘turun padang’ hari ini sedikit sebanyak memberi keyakinan pada orang ramai bahawa kerajaan sentiasa mengambil langkah menangani wabak COVID-19 ketika ini.

Berkuat kuasa tengah malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan terhadap orang ramai selama 14 hari sehingga 31 Mac ini.

Perintah tersebut merujuk larangan pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk semua rumah ibadat dan premis perniagaan diarah tutup kecuali pasar raya dan pasar awam.

Orang ramai juga dinasihatkan berada di rumah dan tidak pulang ke kampung.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*