Last Updated: 02/04/2020 - 1:41 AM

Bangunan Itu Memang Sudah Berpenunggu! Kisah Misteri Projek Town Mall Kembali…

Tarikh 26 Mac ini bakal memberi kejutan pada penonton!

Sebuah filem seram terbaharu berjudul Town Mall arahan Datuk Seri Eizlan Yusof akan menemui khalayak di pawagam.

Melihat pada judulnya, sudah tentu penonton tertanya-tanya apakah kisah seram yang mahu disampaikan dalam filem kali ini?

Filem terbaharu, Town Mall bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Mac ini.

Menariknya, filem ini diterajui Eizlan sendiri selaku pelakon utama bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Adam Shahz, Reen Rahim dan Intan Ladyana.

Menariknya, filem pertama terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini diadaptasi daripada novel seram terlaris karya Hasrudi Jawawi.

Eizlan bertindak sebagai pengarah dan pelakon utama filem Town Mall.

Filem ini mengisahkan satu projek bangunan terbengkalai iaitu Town Mall yang mempunyai kisah misteri tersendiri.

Apa yang menyeramkan adalah desas-desus mengatakan projek itu terbengkalai disebabkan berlakunya gangguan makhluk halus pada pekerja-pekerja pembinaan dan jurutera yang menguruskan projek itu menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan.

Selepas hampir 10 tahun terbengkalai, sebuah syarikat pembinaan tempatan terkenal di negara ini cuba menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan harapan bangunan itu yang mahu dijadikan sebuah pusat membeli-belah terkenal dan terkemuka di bandar Seremban.

Watak utama iaitu Rusdi, seorang pengurus projek dilantik untuk menguruskan projek itu yang sudah hampir 10 tahun terbengkalai.

Kisah misteri yang berlaku 10 tahun lalu membuatkan dia terasa sangsi untuk menguruskan projek itu.

Namun, dia tidak mempunyai pilihan. Projek sudah diserahkan dan dia perlu menguruskan projek itu sehingga siap.

Mampukah bomoh memulihkan keadaan misteri yang berlaku terhadap projek pembinaan Town Mall?

Projek tetap terus berjalan sehinggalah sampai satu masa, hal yang berlaku 10 tahun lalu kembali berulang!

Apa yang berlaku, simen tidak keras dengan sempurna dan kejadian pekerja binaan dirasuk dan terjun dari aras paling atas kembali terjadi.

Pelbagai usaha dilakukan termasuk memanggil beberapa orang bomoh. Ternyata, bangunan itu memang sudah berpenunggu.

Peminat filem genre seram jangan lepaskan peluang menyaksikan filem terbaharu, Town Mall di pawagam pada 26 Mac ini.

Tiada bomoh yang dapat mengusir penunggu bangunan itu. Isteri Rusdi, Maria turut diganggu dengan jelmaan bernama Akma.

Bermacam-macam kejadian berlaku yang membuatkan Rusdi hidup tidak aman. Dia masih ‘berkawan’ dengan rakan sekerjanya Malek yang sebenarnya sudah setahun meninggal dunia.

Walaupun sudah meminta pertolongan dari orang yang arif iaitu To Megat, Rusdi tetap masih diganggu sehingga suatu kejadian tidak disangka berlaku pada Maria.

Siapakah dan apakah kisah miseri yang berlaku di sebalik projek Town Mall sebenarnya?

Apakah yang sebenarnya berlaku pada Maria? Mampukah pekerja di projek tersebut terus terselamat daripada gangguan misteri bangunan itu?

Bagaimana pula pengakhiran hidup Rusdi? Segalanya dijawab menerusi filem ini, Town Mall yang akan menjengah pawagam pada 26 Mac ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino