Tom Hanks Positif COVID-19
1 min read
Wabak COVID-19 masih berleluasa.
Ia menimbulkan kebimbangan pada semua pihak bukan saja di negara ini tetapi di seluruh dunia.
Wabak yang dipercayai merebak dari Wuhan China itu memberi ancaman pada penduduk bumi hingga ramai maut.
Negara Itali setakat ini mencatatkan rekod tertinggi kes COVID-19 di luar China diikuti Iran dan Korea Selatan.

Terkini, pelakon terkenal Hollywood, Tom Hanks bersama isterinya, Rita Wilson turut disahkan positif COVID-19.
Berita itu dinyatakan sendiri pelakon filem popular Saving Private Ryan menerusi akaun media sosialnya.
Aktor filem Forrest Gump ini memberitahu terkena virus tersebut ketika berada di Australia dan kini dalam proses kuarantin untuk menjalani rawatan.
Nampaknya golongan selebriti juga tidak terkecuali berisiko boleh mendapat penyakit COVID-19.
Justeru, semua pihak perlu lebih peka dan mengambil langkah berjaga-jaga.
- Kafebuzz.my