Kisah Gitaris Hebat 3 Negara Dalam ‘Asia Guitar Heroes’

Aksi ‘goreng’ mereka diatas pentas memang mengasyikkan.

Sama ada kita sedar atau tidak, peranan gitaris dalam sesuatu persembahan memainkan peranan besar. Tanpa mereka lagu dan melodi seolah hilang keindahan.

Namun, berapa ramai daripada kita yang menghargai sumbangan gitaris terhadap pencapaian industri muzik tempatan dan global.

Aksi Joe Burnmark yang sentiasa memikat peminat turut ditemubual dalam program dokumentari, Asia Guitar Heroes.

Menyedari kepentingan dan masa depan gitaris terus diangkat karya seni mereka, Ray Lee yang merupakan produser dan pengarah filem berpengalaman mengambil inisiatif menerbitkan program dokumentari berjudul Asia Guitar Heroes.

“Sebenarnya, saya buat program ini demi pendidikan muzik khususnya pendidikan mengenai gitar.

“Namun, saya belum dapat saluran TV untuk menyiarkan program dokumentari saya ini,” katanya kepada Kafebuzz.

Jelasnya, dia sudah menyiapkan 13 episod program sulung ini. Dia meletakkan harapan agar ada stesen TV berminat untuk menayangkan program ini kepada penonton demi mendidik khalayak mengenai muzik dan bermain gitar.

“Jika stesen TV tak boleh tayang, saya hanya siar di YouTube,” ujarnya.

Perkongsian kisah pengalaman gitaris ‘otai’ Man Kidal pastinya membuat peminatnya teruja.

Kesungguhan Ray menerbitkan program dokumentari ini bukan hanya sekadar tangkap muat atau mencari populariti.

Bagaimanapun, dia sanggup menggunakan bajet sendiri untuk menyiapkan kesemua episod berkenaan.

Program dokumentari, Asia Guitar Heroes mengangkat kisah gitaris dari tiga negara iaitu Malayisa, Thailand dan Indonesia.

Menariknya, program ini menampilkan barisan gitaris dari 3 negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Antara gitaris tempatan yang diberi fokus ialah Umarul Iklim, Hamdan Bloodshed, Mat Nor, Joe Burnmark, Man Kidal, Andy Ngew dan Syam Success.

Karyawan Indonesia pula terdiri daripada Gugun Blues Shelter, Nissan Fortz dan Ginda Bestari.

Gitaris dari negara jiran Indonesia turut serta berkongsi pengalaman dalam program Asia Guitar Heroes.

Tidak ketinggalan, gitaris hebat dari Thailand seperti Prattawut Muti dan Jack Thammarat.

Program ini diterbitkan Guitar Empire dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*