Selamat Bertugas Saifuddin Abdullah & Zahidi Zainul Abidin!

Tahniah pada semua Menteri.

Pastinya, ia berita gembira buat mereka yang dilantik sebagai Menteri untuk menggalas tanggungjawab pada negara dan rakyat.

Sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung di TV petang semalam, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru.

Timbalannya pula disandang Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Besar.

Senarai Menteri Kabinet yang baharu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pengumuman Saifuddin dan Zahidi sebagai teraju Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia diharap dapat memacu industri hiburan tempatan ke arah pencapaian lebih baik.

Ketepikan soal politik sebaliknya, penggiat seni sangat mengharapkan kedua individu berpengaruh dan berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan ini dapat membuat keputusan terbaik untuk bidang seni.

Syabas buat Saifuddin dan Zahidi. Tidak ketinggalan juga tahniah buat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Serta, kemunculan semula ‘Abah’ Khairy Jamaluddin yang mempunyai ramai peminat dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bakal membawa pencapaian baru untuk negara.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*