Last Updated: 10/07/2020 - 5:20 PM

Siapa Bakal Menteri Komunikasi dan Multimedia Baharu?

Persoalan itu terus menjadi topik perbualan antara penggiat seni.

Melihat pada senario politik semasa, ada yang pandai-pandai letak nama individu tertentu sebagai barisan kabinet baharu dan kemudian menyebarkannya menerusi mesej berkumpulan di WhatsApp.

Siapa jua nama yang disebut, ia hanya khabar angin melainkan pengumuman tersebut dilakukan Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercerita siapa bakal Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, persoalan juga bermain di fikiran anak seni apakah nasib atau hala tuju Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seterusnya?

Sebelum ini, khalayak dimaklumkan mengenai perletakkan jawatan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan kerajaan itu yang akan tamat pada 10 Mac ini. (Baca lagi: Jodoh Ahmad Idham Bersama FINAS Hanya Setahun)

Ketiadaan Gobind Singh Deo (bekas Menteri) dan Ahmad Idham (tidak lama lagi) bukanlah penamat pada masa depan FINAS.

Datuk Hans Isaac masih menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi FINAS.

Datuk Hans Isaac masih sebagai Pengerusi FINAS yang bertanggungjawab untuk terus mengendalikan agensi itu.

Siapapun bakal Menteri Komunikasi dan Multimedia yang dilantik Perdana Menteri nanti, ia seharusnya diraikan seluruh penggiat seni.

Ketepikan fahaman politik masing-masing jika mahu FINAS terus diuruskan dengan individu yang mempunyai perancangan yang lebih jitu agar penggiat seni mempunyai masa depan yang cerah.

Banyak isu dalam industri hiburan yang masih belum selesai dan perlu diperhalusi satu per satu. Moga keputusan terbaik dicapai untuk FINAS dan industri hiburan tanah air.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino